Monday, 11 January 2016

Supaya Suami Tidak Lari Kepada Perempuan Lain

1. {_}Sentiasa kemas dan bersih 2. {_}Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat 3. {_}Elak sikap moody masam muka bila bersama suami 4. {_}Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya 5. {_}Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati 6. {_}Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking 7. {_}Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab 8. {_}Jangan cepat merajuk pabila diusik suami 9. {_}Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau 10. {_}Jangan lengah dan cepatlah bertindak pabila suami berhajat sesuatu 11. {_}Dahulukan kehendak suami dari anak-anak 12. {_}Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau 13. {_}MInta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna 14. {_}Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun 15. {_}Masak hidangan kegemaran suami 16. {_}Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta 17. {_}Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan 18. {_}Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami 19. {_}Potong kuku suami pabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat 20. {_}cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya 21. {_}Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami spt gaduh dgn jiran atau menambah hutang tanpa berbincang 22. {_}Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak 23. {_}Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya 24. {_}Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur 25. {_}Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri 26. {_}Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan 27. {_}Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami. P/S Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment